Subscribe

Selamat Menempuh Imtihan 09/10

Posted by akademik_mpmkudqi on Monday, January 18, 2010


Salam pada semua yang sering melawati blog ini dan salam 1 ukhwah ,setelah lama blog ini di penuhi dengan sawang dan habuk disebabkan dengan kesibukan di KUDQI ini kami Lajnah akademik tidak dapat menggiatkan penulisan. Kami harap segala kesilapan Lajnah Akademik 08/09 dapat dimaafkan.

Kini apabila terlantiknya Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Kademik 09/10 kami akan meneruskan kegiatan penulisan kami INSYAALLAH. Disini kami mengambil peluang yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Menempuh Imtihan yang akan datang bagi semester pertama sesi 09/10.Study lah dengan baik,buat lah peperiksaan kali ini yag terbaik dari peperiksaan yang lepas. Ma’abitaufiq Wannajah Fi Imtihan

Selamat Menempuh Semester Baru Bagi Student DI KUDQI

Posted by akademik_mpmkudqi on Sunday, October 4, 2009




Asslamualaikum dan sala 1Ukhwah,sudah sekian lama blog ini senyap tanpa berita atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan kini kembali untuk menceriakan lagi. Lajnah Akademik MPMKUDQI mengucapkan Selamat Hari Raya 1430h kepada semua umat islam di seluruh pelusuk dunia. Lajnah Akademik mengucapkan selamat menempuh semester baru kepada semua student KUDQI yang memulakan pembelajaraan pada 4Okt2009 Ahad baru-baru ini Dan Lajnah Akademik Mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang boleh naik tahun dua dan tiga,tidak lupa juga kepada tidak dapat naik kelas usaha tangga kejayaan. Belajarlah walau sampai ke negeri cina.

Salam Imtihan Kepada Semua Mahasiswa KUDQI

Posted by akademik_mpmkudqi on Monday, June 29, 2009

Salam Imtihan kepada semua Mahasiswa KUDQI,Najah fi Imtihan,Semoga berjaya kepada semua Mahasiswa KUDQI. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.Jawab lah dengan penuh keyakinan.Iringkan Doa Dan Tawakal Usaha Anda Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama.-Foto oleh Wafi Ismail

Video - Malam Debat Ala Parlimen.

Posted by akademik_mpmkudqi on Sunday, May 17, 2009



Video ini telah ditayangkan semasa proses pengiraan markah peserta Debat Ala Parlimen baru-baru ini. Sebagai penambah kehangatan suasana. Kami mohon maaf atas masalah teknikal kami untuk menyiarkan video perjalanan program tersebut. Webmaster

Lawatan Ilmiyyah Ke Mahkamah Syariah Negeri

Posted by akademik_mpmkudqi on Monday, May 11, 2009


Antara peserta-peserta lawatan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu

K. Terengganu 11 Mei - Lajnah Akademik telah berjaya membuat lawatan ilmiyyah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu pada pagi ini. Peserta-peserta lawatan terdiri dari ahli jawatankuasa Lajnah Akademik dan pelajar-pelajar tahun 3.

Masing-masing menyatakan rasa berpuas hati dengan penerangan dan pendedahan yang dibuat oleh pihak jabatan tersebut. Encik Rosdi yang menyambut ketibaan peserta-peserta mengharapkan agar segala yang disediakan pihaknya dapat memuaskan hati peserta-peserta lawatan.

Pengarah program ketika ditemui berkata, objektif program yang diharapkan pihak lajnah ialah dapat membuka minda pelajar-pelajar KUDQI dan juga membantu mereka dalam setiap matapelajaran yang berkait dengan prosedur dan peraturan mahkamah.

Rombongan tiba pada jam 9 pagi dan berangkat pulang pada jam 12.45 tengahari.

Pesta Buku Antarabangsa 2009

Posted by akademik_mpmkudqi on Tuesday, April 21, 2009



JOM SERTAI JAULAH ILMIYYAH ANJURAN LAJNAH SUKAN DAN KEBUDAYAAN UNTUK KE PESTA BUKU ANTARABANGSA !!

Fakulti Usuluddin Juara Debat

Posted by akademik_mpmkudqi on

Debat yang dianjurkan pada baru-baru ini mendapat sambutan yang baik oleh semua pelajar. Masing-masing turun menyokong pendebat dari fakulti masing-masing. Walaupun penyokong fakulti Usuluddin lebih sedikit dari fakulti Syariah, berkat doa dari mereka, fakulti mereka dapat bergelar juara sekaligus membawa pulang medal, sijil penyertaan dan juga piala pusingan.


Pasukan Pembangkang memberikan saingan yang sengit dalam pertandingan ini

Pasukan Syariah yang diketuai oleh saudara Ridzuan Mohd memberikan saingan yang sengit menepis dan juga membidas setiap hujah yang dikemukakan oleh fakulti pencadang. Dengan tajuk yang mungkin agak tinggi untuk dibincangkan, Pengarah program berkata biarlah ianya menjadi satu tajuk yang akan membuka minat pelajar-pelajar untuk lebih mengetahui isu-isu semasa yang berlaku disekitar kita sekarang. Bukan sekadar tahu, bahkan mampu mengolah isu tersebut dengan baik, katanya lagi yang ditemui di sini semalam.


Juara Debat Perdana ala Parlimen (saudara Amir menyampaikan ucapan di belakang)

Fakulti pencadang yang diwakili mahasiswa Usuluddin ketika ditemui selepas program debat menyatakan rasa syukur mereka kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong mereka yang sentiasa ada bersama mereka.

Pendebat terbaik dimenangi oleh saudara Ridzuan Mohd, pelajar tahun 3 jurusan Syariah. Ketua hakim, encik Mukhdi Syafie berkata, pertandingan seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap lagi sebagai pendedahan kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami kaedah-kaedah perdebatan secara lebih serius lagi. Foto oleh W. M. Muizuddin

Subscribe to: Posts (Atom)