Subscribe

Blog Lajnah Akademik

Posted by akademik_mpmkudqi on Saturday, April 11, 2009

Lajnah Akademik menjadi lajnah pertama yang mempunyai blog dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai satu proses merakam dan mendokumentasikan segala gerak kerja lajnah sepanjang ianya berjalan.


Muhammad Ikram Ishak selaku ketua Lajnah Akademik berkata, blog ini akan menjadi medium kepada ahli jawatankuasa kami atau pelajar Kudqi ini sendiri untuk menghantar artikel-artikel ilmiyyah yang boleh membawa kepada keuntungan thaqafah ummat Islam.

Katanya lagi, Lajnah Akademik juga akan sedaya upaya untuk menyiarkan hasilan terjemahan artikel-artikel dari web ilmiyyah arab, ini sebagai projek serampang dua mata iaitu dalam memberi faedah kepada mereka yang melayari blog ini, ianya juga turut mampu melatih pelajar-pelajar untuk mengenal uslub penulisan bahasa arab pula.

Beliau ditemui ketika menyiapkan kerja-kerja program Debat Ala Parlimen antara fakulti yang akan diadakan pada Rabu ini. -Foto oleh Muhaimin

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)