Subscribe

Fakulti Usuluddin Juara Debat

Posted by akademik_mpmkudqi on Tuesday, April 21, 2009

Debat yang dianjurkan pada baru-baru ini mendapat sambutan yang baik oleh semua pelajar. Masing-masing turun menyokong pendebat dari fakulti masing-masing. Walaupun penyokong fakulti Usuluddin lebih sedikit dari fakulti Syariah, berkat doa dari mereka, fakulti mereka dapat bergelar juara sekaligus membawa pulang medal, sijil penyertaan dan juga piala pusingan.


Pasukan Pembangkang memberikan saingan yang sengit dalam pertandingan ini

Pasukan Syariah yang diketuai oleh saudara Ridzuan Mohd memberikan saingan yang sengit menepis dan juga membidas setiap hujah yang dikemukakan oleh fakulti pencadang. Dengan tajuk yang mungkin agak tinggi untuk dibincangkan, Pengarah program berkata biarlah ianya menjadi satu tajuk yang akan membuka minat pelajar-pelajar untuk lebih mengetahui isu-isu semasa yang berlaku disekitar kita sekarang. Bukan sekadar tahu, bahkan mampu mengolah isu tersebut dengan baik, katanya lagi yang ditemui di sini semalam.


Juara Debat Perdana ala Parlimen (saudara Amir menyampaikan ucapan di belakang)

Fakulti pencadang yang diwakili mahasiswa Usuluddin ketika ditemui selepas program debat menyatakan rasa syukur mereka kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong mereka yang sentiasa ada bersama mereka.

Pendebat terbaik dimenangi oleh saudara Ridzuan Mohd, pelajar tahun 3 jurusan Syariah. Ketua hakim, encik Mukhdi Syafie berkata, pertandingan seperti ini perlu diadakan dengan lebih kerap lagi sebagai pendedahan kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami kaedah-kaedah perdebatan secara lebih serius lagi. Foto oleh W. M. Muizuddin

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)